Sunday 7 September 2014

terharu

assalamualaikum dan hai .


pagi tadi --
seseorang bagi aku satu video yang sangat menyentuh hati aku
yang lembut konon bagaikan tisu
aku tengok
aku tengok sehingga satu perasaan yang aku tak tahu apa

rupanya aku terharu .
hendak sedih atau gembira aku pun tak tahu
air mata yang murah bagi aku mengalir dengan agak deras
tanpa aku perasan

bila aku fikirkan lagi dan lagi
sebab aku seorang yang 'overthinking'
sampai aku fikir ada lagi satu perasaan
selepas perasaan terharu dan gembira ini

rupanya aku takut .
aku takut ada lagi satu perasaan
selepas perasaan takut .

rupanya (mungkin) aku (akan) kecewa
sebab --
aku pernah melalui perasaan yang kecewa
sangat sukar untuk aku meluahkan dengan
kata kata .

bila kau memerlukan aku
aku ada , bila aku memerlukan kau
aku cuma boleh berharap kau juga ada .
semua orang tahu 'berharap' itu
adalah kesakitan hati yang tiada ubat .

aku cuma tak nak terlalu berharap sangat
dengan kau sebab kau hamba allah .
lebih baik aku berharap dengan allah
yang aku pasti kecewa tidak pernah hadir
jika aku berharap kepadaNya .


I will keep it in a special place in my mind because i want to remember it in every second of my life . 
thanks a lot .