Sunday 7 September 2014

terharu

assalamualaikum dan hai .


pagi tadi --
seseorang bagi aku satu video yang sangat menyentuh hati aku
yang lembut konon bagaikan tisu
aku tengok
aku tengok sehingga satu perasaan yang aku tak tahu apa

rupanya aku terharu .
hendak sedih atau gembira aku pun tak tahu
air mata yang murah bagi aku mengalir dengan agak deras
tanpa aku perasan

bila aku fikirkan lagi dan lagi
sebab aku seorang yang 'overthinking'
sampai aku fikir ada lagi satu perasaan
selepas perasaan terharu dan gembira ini

rupanya aku takut .
aku takut ada lagi satu perasaan
selepas perasaan takut .

rupanya (mungkin) aku (akan) kecewa
sebab --
aku pernah melalui perasaan yang kecewa
sangat sukar untuk aku meluahkan dengan
kata kata .

bila kau memerlukan aku
aku ada , bila aku memerlukan kau
aku cuma boleh berharap kau juga ada .
semua orang tahu 'berharap' itu
adalah kesakitan hati yang tiada ubat .

aku cuma tak nak terlalu berharap sangat
dengan kau sebab kau hamba allah .
lebih baik aku berharap dengan allah
yang aku pasti kecewa tidak pernah hadir
jika aku berharap kepadaNya .


I will keep it in a special place in my mind because i want to remember it in every second of my life . 
thanks a lot . 

Saturday 6 September 2014

tiba tiba

assalamualaikum dan hai . 


tiba tiba 
jari jemari terasa rajin untuk menaip 
jari jemari terasa rindu nak menaip 
di blog yang lama dibiar tidak berpenghuni . 

tiba tiba 
aku merasakan aku suka berpuitis 
aku merasakan aku suka puisi 
puisi yang dalam maksud nya 
puisi yang deep ayat nya 

tiba tiba 
aku tahu diri ini tak boleh berpuitis 
aku tahu diri ini tak sehebat orang lain 
yang hebat dalam apa jua 
tapi tidak aku 

tapi -- 
tidak bolehkah aku mencuba 
tidak bolehkah aku mencapai 
apa yang aku mahu 

tapi--
sebenarnya tujuan aku berkata seperti ini 
hanya lah suka suka belaka 
kerana aku suka 
kerana aku bosan 



dan sebenar nya dah lama aku nak cakap macam ni seolah olah aku ni tahu berpuisi sedangkan tidak .
aku saja ja nak buat macam ni . nak kata puisi rasa nya bukan and aku rasa bukan puisi pun. tapi aku suka baca puisi yang deep maksud nya . aku rasa bila aku taip atau fikir macam ni aku dapat luah kan apa yang aku rasa selama ni . tanpa orang lain tahu . aku ingat nak buat blog baru tapi i dont know macam mana . so aku reset balik password aku sebab pass yang lama langsung aku tak ingat . lagi satu bila aku buka blog aku ni balik aku share blog ni dengan kawan ku aisyah haider . aku kena bagitahu dia yang aku dah tukar pass . tapi tak tahu la kalau dia still nak pakai blog ni . so , act aku buat benda ni yang acah acah puisi ni or aku tak tahu la apa , untuk meluahkan perasaan tanpa orang tahu . sebab bila aku meluahkan aku takut hanya menjadi beban untuk si pendengar . atau dia tidak memahami aku . jadi untuk selamat biarlah aku belajar menjadi seorang pemedam perasaan even aku ni bukan suka pendam masalah . haih . satu keluhan lagi . 


p/s : apa yang aku buat untuk ni or yang seterusnya hanya suka suka belaka untuk mengisi ruang hobi aku yang aku minat tentang puisi or aku rasa bukan . hmm