Sunday 7 September 2014

terharu

assalamualaikum dan hai .


pagi tadi --
seseorang bagi aku satu video yang sangat menyentuh hati aku
yang lembut konon bagaikan tisu
aku tengok
aku tengok sehingga satu perasaan yang aku tak tahu apa

rupanya aku terharu .
hendak sedih atau gembira aku pun tak tahu
air mata yang murah bagi aku mengalir dengan agak deras
tanpa aku perasan

bila aku fikirkan lagi dan lagi
sebab aku seorang yang 'overthinking'
sampai aku fikir ada lagi satu perasaan
selepas perasaan terharu dan gembira ini

rupanya aku takut .
aku takut ada lagi satu perasaan
selepas perasaan takut .

rupanya (mungkin) aku (akan) kecewa
sebab --
aku pernah melalui perasaan yang kecewa
sangat sukar untuk aku meluahkan dengan
kata kata .

bila kau memerlukan aku
aku ada , bila aku memerlukan kau
aku cuma boleh berharap kau juga ada .
semua orang tahu 'berharap' itu
adalah kesakitan hati yang tiada ubat .

aku cuma tak nak terlalu berharap sangat
dengan kau sebab kau hamba allah .
lebih baik aku berharap dengan allah
yang aku pasti kecewa tidak pernah hadir
jika aku berharap kepadaNya .


I will keep it in a special place in my mind because i want to remember it in every second of my life . 
thanks a lot . 

Saturday 6 September 2014

tiba tiba

assalamualaikum dan hai . 


tiba tiba 
jari jemari terasa rajin untuk menaip 
jari jemari terasa rindu nak menaip 
di blog yang lama dibiar tidak berpenghuni . 

tiba tiba 
aku merasakan aku suka berpuitis 
aku merasakan aku suka puisi 
puisi yang dalam maksud nya 
puisi yang deep ayat nya 

tiba tiba 
aku tahu diri ini tak boleh berpuitis 
aku tahu diri ini tak sehebat orang lain 
yang hebat dalam apa jua 
tapi tidak aku 

tapi -- 
tidak bolehkah aku mencuba 
tidak bolehkah aku mencapai 
apa yang aku mahu 

tapi--
sebenarnya tujuan aku berkata seperti ini 
hanya lah suka suka belaka 
kerana aku suka 
kerana aku bosan 



dan sebenar nya dah lama aku nak cakap macam ni seolah olah aku ni tahu berpuisi sedangkan tidak .
aku saja ja nak buat macam ni . nak kata puisi rasa nya bukan and aku rasa bukan puisi pun. tapi aku suka baca puisi yang deep maksud nya . aku rasa bila aku taip atau fikir macam ni aku dapat luah kan apa yang aku rasa selama ni . tanpa orang lain tahu . aku ingat nak buat blog baru tapi i dont know macam mana . so aku reset balik password aku sebab pass yang lama langsung aku tak ingat . lagi satu bila aku buka blog aku ni balik aku share blog ni dengan kawan ku aisyah haider . aku kena bagitahu dia yang aku dah tukar pass . tapi tak tahu la kalau dia still nak pakai blog ni . so , act aku buat benda ni yang acah acah puisi ni or aku tak tahu la apa , untuk meluahkan perasaan tanpa orang tahu . sebab bila aku meluahkan aku takut hanya menjadi beban untuk si pendengar . atau dia tidak memahami aku . jadi untuk selamat biarlah aku belajar menjadi seorang pemedam perasaan even aku ni bukan suka pendam masalah . haih . satu keluhan lagi . 


p/s : apa yang aku buat untuk ni or yang seterusnya hanya suka suka belaka untuk mengisi ruang hobi aku yang aku minat tentang puisi or aku rasa bukan . hmm 

Monday 6 January 2014

6 JAN 2014

Assalamualaikum . 


okay hari ini hari isnin . and its my birthday ! hahaha k batak . yo lo my first time birthday on 2014 . haha mmg ah first time takkan la hari jadi kau dua kali kot . ntah pape . okay so , aku ain (peace) . sebelum ni ade dua entry yg aisyah update en and so hari ni aku tetiba rajin . aku tak tahu la banyak ke tak story mory nye weyh . kalau kau rajin kau baca la ke bawah . haha act aku still rasa bersalah sebab buang post yg sebelum ni . hahahahaha aku tau do aku ni bengong sikit . tapi sukati guwa ahh . masa first time sekolah je tetiba amira husna , classmates guwa cakap dia ada baca blog aku ni . waah waahh ! ni yg terharu habis ni . pastu first time sekolah je die dah bebel sebab aku delete post nya .. haih budak ni . dah la pagi tadi pijak kasut aku haaa . sukati je pijak kasut birthday girl . wuahahaha . 

and hari ni time di sekolah alhamdullilah sebab hari yg baik untuk aku . dan hari yg agak sedih sebab kakak aku pergi PLKN masa birthday aku ni ha . lagi satu aku tak ikut hantar die pergi naik bas sebab di sekolah banyak tugasan yg perlu di selesaikan . haha so balik balik je yee sunyi en . haha . dan kat sekolah thank you sebab wish kawan kawan ku . serius aku hargai sangat :') thanks dedikasi sebab nyanyi happy birthday haha . pastu pyka bagi hadiah and aku suka sangat . susah susah kau je pyka belikan enn . haha and hadiah tu boleh jadi kenangan sebab aku pernah belajar dekat kelas dedikasi sbb ada nama nama tu . hehe . thanks to amira izzaty jugak sebab bagi coklat weyh . aku terharu sangat my bestie dulu ingat lagi . thanks thanks thanks again ! then giha buat lagu happy birthday guna die punya pencil box yg cutieee tu . hahah . sebab dia punya pencil box boleh main piano beb . kau adoo ? haha 

and thanks for those yg wish tu . aku hargai sangat sangat :') haha betul ke bi aku tu ? sbb cikgu bi belum masuk lagi . ngeeee :3 aku tak tahu nak cakap apa lagi selain terima kasih je laa . mybe tak ramai yg tahu birthday guwa sbb guwa bukan hot and retis metis pun beb . aku hanya manusia yg tidak perfect sentiasa melakukan kesalahan . haha ceh ayat . and kak intan shahira nazri dm aku and die org first act wish birthday . haha even aku ngan die tak pernah jumpe tapi die sporting meh . thanks akak ! die cakap bangun dari tidur sbb nak wish aku je . hahah gila susahkan diri je . huhu . akak tu sporting ah . aku tak pandai speaking arab sangat . sbb akak tu wish " sannah helwa " . aku pergi cakap thanks lol . apa apa pun terima kasih sangat . haa org yg terdekat je laa yg wish mengwish and yg rapat dgn aku hahaha dan seribu kali terima kasih dari aku !!! ni pun dah cukup bermakna tanpa present ! hehe ayat mmg tak nak kalah pun . dan tak lupa jugak pakcik google pun ade wish jugak weyh haha . tak boleh nak tunjukkan ah sbb aku tak tahu nak screen capture kat lappy . haha betul ke ? 

biar aku terangkan , kalau kau bukak google mesti die punya tulisan besar tu ade pelbagai kan ? 

ini dari bantuan pakcik google .

haa maksud aku macam ni la . bila kau arahkan anak panah kau kat google yg kek tu nanti ade " Happy Birthday Ain! " haha . k act ni first time so tak boleh ke aku nak batak ? haha okay ah rasa nya dah panjang kan aku bebel tanpa hala tuju dan tujuan ni ? haha ok . 


  • terima kasih atas segalanya ya allah kerana telah permudahkan segalanya dan menjadikan hari yg baik untuk aku . 
  • aku akan merindui kakak ku yg ke PLKN di Gopeng Perak . (tapi raya cina ni dia balik
  • happy birthday to me . aku dah besar dah rupanya . 15 y/o . tua koooo -.- 
  • sejuta kali terima kasih kepada yg wish hahaha (berapa banyak kali siot aku nak berterima kasih --'' ) 
  • insya allah tahun 2014 ni aku nak belajar bersungguh sungguh . yeyeah ! 
  • thanks pyka , amira izzaty , syukri , sufi :'D